Tuesday, July 21, 2015

Background manager akan muncul di Cydia tidak lama lagi

Menurut Timm Kandziora di twitter, beliau telah menghantar tweak yang mana fungsinya seperti background manager untuk ios 8 dan bakal muncul di Cydia tidak lama lagi.Tweak seperti ini sudah lama dinanti-nantikan oleh setiap jailbreakers.Nantikan kemunculannya...

Cara meletakkan instagram feed di notification center

Siapa je yang tiada instagram pada zaman sekarang ni.Rasanya rata-rata penduduk dekat malaysia ini mempunayai akaun instagram. Instagram menjadi tempat kita berkongsi gambar dengan keluarga,pengikut dan kawan-kawan.Masalahnya dengan instagram ini korang kene selalu buka app instagram untuk check update terkini daripada pengikut dan rakan-rakan korang.

Monday, July 20, 2015

Tweak bridge akan dikemaskini untuk ios 8.4

Bridge merupakan sebuah tweak yang amat popular dikalangan pengguna iphone.Selalunya kalau nak masukkan lagu dalam music app korang kena pakai itunes atau itools, tapi dengan tweak ni korang boleh import lagu straight daripada iphone korang. JonasGessner dalam twitter nya berkata, beliau sudahpun menghantar kemaskini Bridge v1.3 ke Cydia dan kemaskini kali ini membawa sokongan untuk ios 8.4. Jadi dalam masa terdekat ini, kita mungkin akan dapat download kemaskini terbaru ini.


Ferrari italia 458 kalah dengan kereta capuk

Pemilik ferrari mesti malu tengok video ini. Kalau kalah dengan Bugati ke, lamborghini ke boleh terima lagi...ini dengan kereta capuk pun boleh kalah.
Kahkahkahkah...



Buang jailbreak dengan menggunakan Cydia Impactor

Memandang baru-baru ini ada sumber yang mengatakan bahawa ios 9 nanti adalah rootless, Saurik orang paling berpengaruh dalam dunia jailbreak telah mengeluarkan satu tool yang terbaru untuk buang jailbreak daripada iphone korang tanpa menggunakan komputer dan tanpa perlu kemaskini ios yang terbaru.Serius terbaik!maknanya kalau korang dah jailbreak lepas tu korang nak jual iphone dengan firmware ios yang asal, korang hanya perlu install tool ni dan lepas tu iphone korang akan jadi macam masa mula-mula beli dulu.

Cydia Impactor ni fungsi nya macam  iLexRat ataupun semirestore kalau korang pernah guna dulu cuma nya cydia impactor ini dibuat oleh saurik sendiri!Apa pendapat korang tentang tool terbaru dari saurik ni?Komen diruangan dibawah dengan pendapat korang



Tweak untuk download lagu di SoundCloud

Baru-baru ini seorang tweak developer yang terkenal dengan tweak nya safari downloader+ telah membina satu lagi tweak yang berguna untuk para jailbreakers!tweak terbaru beliau adalah soundcloud+. Dengan tweak/extension ini korang boleh download semua lagu yang terdapat dalam soundcloud secara percuma!Ya...PERCUMA!!

Korang boleh download tweak ini melalui cydia dengan memasukkan repo ini repo.ouraigua.com. Korang boleh mencuba tweak ini secara percuma selama 5 hari dan sekiranya berminat korang perlu beli license dengan membuat pembayaran melalui paypal.

Lawati website souncloud+ dengan klik link ini



Sunday, July 19, 2015

Tutorial Video - Cara download video youtube tanpa jailbreak


Cara download video dari youtube tanpa jailbreak

Ok, hari ni saya nak kongsikan sikit cara mudah untuk download video dari youtube tanpa jailbreak iphone ataupun ipad korang.Caranya senang saja, ikut langkah-langkah yang saya akan kongsikan ini.



Saturday, July 18, 2015

5 sebab kenapa saya guna paypal

Hari ni saya nak cerita sikit tentang pengalaman saya sepenjang menggunakan paypal dan kenapa saya sangat suka guna paypal dan anda juga perlu guna paypal.

Sebelum cerita tentang pengalaman saya menggunakan paypal ni meh la nak cerita sedikit tentang latar belakang paypal ni.Untuk sesiapa yang tak tahu apa-apa mengenai paypal ni, paypal ni sebenarnya adalah salah satu method untuk membuat pembayaran atas talian ataupun online.Paypal ni dah wujud lama jugak sebenarnya, sejak tahun 1998 penubuhannya oleh Elon Musk dan dibeli oleh ebay pada tahun 2002.Masa ni lah paypal popular sebab pengguna ebay boleh buat pembayaran melalui paypal.Kalau tak silap saya pengguna paypal yang aktif sekarang ni mencecah 100 juta pengguna dari seluruh dunia.





Nak tahu kenapa saya suka pakai paypal?haa..ini dia sebabnya.

1.Beli barangan online dengan selamat tanpa dedahkan maklumat kad kredit/debit

Ni adalah salah satu sebab penting kenapa saya buka akaun paypal.Zaman sekarang ni banyak sangat penyangak-penyangak alam siber ni.Macam-macam teknik yang diorang buat supaya diorang boleh dapatkan maklumat kad kredit kita.Salah satunya adalah melalui pishing website, diorang akan buat website yang physically serupa dengan website asal dan dengan tidak sengaja korang telah dedahkan maklumat kad kredit korang.Menakutkan bukan?jadi dengan paypal ni korang tak perlu lagi masukkan maklumat kad kredit bila nak beli barangan online.

Penjenayah siber boleh mencuri maklumat kad anda


2.Banyak penjual mula menyokong pembayaran melalui paypal

Paypal pada masa ini sudah dianggap sebagai standard kepada pembayaran online.Banyak syarikat sudah mula menyokong pembayaran melalui paypal sama ada dari syarikat persendirian kecil sehinggalah ke syarikat-syarikat yang besar.Jadi kenapa tak nak gunakan paypal kan?saya pernah beli di Lazada (pengalaman beli barang di Lazada), ebay,Pudore,Zawara, domainplus, beli jailbreak tweaks di cydia dan banyak lagi.Setahu saya banyak lagi yang support pembayaran melalui paypal ni cuma tak terlintas dek kepala je.

Elon Musk kini pemilik syarikat kereta Tesla


3.Selamat daripada ditipu peniaga online

Penipu ni memang banyak, saya pun tak faham kenapa diorang sanggup menipu dan menyusahkan orang lain.Banyak dah kes-kes penipuan dalam jual beli online ni,ada yang kena tipu sikit dan ada jugak yang kena tipu sampai beribu-ribu.Contoh paling banyak sekali penipuan adalah dalam jual beli gajet/smartphone, setiap hari ada je kes penipuan yang jadi trend kat facebook,instagram&twitter.Nak beli iphone 6, sekali yang sampainya iphone6 mainan.Harga bayar kat penipu tu sampai RM2000-RM3000, sekali dapatnya mainan plastik yang harganya kurang dari RM10. Kalau pakai paypal ni, merchant tu pun berdaftar dengan paypal jadi kalau korang rasa ditipu atau tak puas hari dengan kualiti barang yang korang beli tu, korang boleh open dispute dan mintak refund. Nak beli pun rasa selamat.

Selamat daripada ditipu Peniaga yang tidak jujur

4.Boleh hantar duit melaui email atau nombor telefon

Ni pun salah satu kelebihan guna paypal, korang boleh hantar duit dari akaun paypal hanya dengan gunakan email atau nombor telefon. Senang!Baru-baru ni CIMB bank malaysia pun ikut jejak langkah paypal ni melalui diorang punya cimb kwik.Sejujurnya saya tak pernah lagi hantar duit melalui email ni, tapi benda ni sangat cool untuk di share kepada semua orang yang tak tahu.



5.Boleh menerima bayaran bagi orang yang mula nak berniaga.

Saya tak pernah lagi berniaga online dan tak pernah lagi guna fungsi ni.Kalau ada rezeki teringin jugak nak buat bisnes online.Jadi kalau korang ada bisnes dan nak terima bayaran melalui paypal, sila lah mendaftar ke laman web diorang. Bagi yang ada laman web atau blog, korang boleh letak button "buy now" kat page korang tu.Awesome kan?!orang nak beli pun rasa selamat.


Butang buy now yang anda boleh letak kat online store anda

Barang yang saya pernah beli sepanjang 3 bulan tahun ini


share artikel ni dengan rakan-rakan  dan kongsi pengalaman korang diruangan komen dibawah ;)






Cara untuk mengatasi masalah "Don't track your own pageview" di blogger

Salah satu masalah yang dihadapi pengguna platform blogger adalah pengguna tidak boleh menggunakan fungsi "don't track you own page view" sekiranya pengguna tersebut menggunakan domain sendiri.Disebabkan masalah ini pengguna tidak mendapat mengira jumlah view yang tepat jadi disini saya nak kongsikan cara-cara untuk mengatasi masalah ini.



Langkah 1
 Log in kedalam akaun blogger anda

Langkah 2
Copy URL berikut dan kemudian Paste kedalam Browser anda.

www.yourdomain.com/b/statsBlockingCookie?action=SET&callback=__gwt_jsonp__.P2.onSuccess

Langkah 3
Tukar www.yourdomain.com itu kepada nama domain yang anda gunakan.

Kemudian anda akan mendapat mesej seperti ini





Siap!senang bukan?sekarang cuba lihat kehalaman anda, sekiranya berkesan blog anda tidak lagi mengesan page view anda sendiri.Selamat mencuba!



Thursday, July 16, 2015

Cara membuat poster pop art menggunakan photoshop CS6

Okay,kali ini saya akan ajar sikit macam mana nak buat poster pop art yang sangat awesome menggunakan Adobe Photoshop CS6.Siapa yang ada Photoshop tu boleh lah ikut tutorial ni dan siapa yang tiada Adobe Photoshop ni boleh la pegi beli software ni dan kalau tak mampu boleh cari kat torrent. Search saja torrentz.eu kat Google search, lepas tu taip nama software ni. Pastikan anda dah pun install torrent kat komputer anda. Kalau belum download lagi boleh download torrent client ni kat link ini---->  http://www.bittorrent.com/downloads/complete



AMARAN !
BAHASA CAMPUR ADUK




Langkah 1

Mula-mula sekali apa yang anda perlu buat ada buka gambar yang anda pilih di photoshop.





Langkah 2

Tekan ctrl J di papan kekunci untuk membuat salinan.

Langkah 3

Kemudian untuk menghilangkan semua warna, tekan ctrl shift dan U

Langkah 4

Tekan ctrl shift L untuk mengenakan "auto level".

Langkah 5

Seterusnya kita perlu membuat "selection" menggunakan selection tool yang anda suka. Untuk tutorial ini saya akan menggunakan Pencil tool. Pastikan warna Foreground dan Background adalah hitam dan putih. Kemudian klik pada "mask box" dibawahnya.Buat selection yang anda nak dan pastikan tiada baris yang terputus.



Langkah 6

klik pada "paint bucket tool", dan klik didalam selection yang anda dah buat tadi.Tekan butang Q dan tekan ctrl delete untuk tukar background kepada putih.Kemudian tekan ctrl D untuk buang selection.






Langkah 7

Pergi ke "image" kemudian klik "adjustment" dan pilih "posterize".Pilih 2 untuk level dan klik OK.



Langkah 8

Pergi ke "Filter" kemudian klik "noise" dan pilih "median".Tukar radius kepada 7 dan klik OK.



langkah 9

Seterusnya klik pada fx dan pilih stroke, Pilih inside untuk Position dan pilih size yang anda suka.



Langkah 10

Untuk membuat selection penuh, klik pada butang channel dan klik pada butang bulat. Kemudian pergi balik ke panel layer dan buat layer baru.


Langkah 11

Buka gradient tool dan klik pada kotak gradient.Klik pada lever kecil disebelah kiri dan klik kotak color untuk memilih warna.Buat benda yang sama untuk lever seblah kanan.Tekan OK.br /> Langkah 11



Langkah 12

Pastikan cursor dibawah gambar dan tekan butang shift sambil klik dan drag cursor keatas dan kemudian lepaskan.Tekan ctrl D untuk buang selection.


Langkah 13

tekan ctrl dan icon "new layer" untuk membuat layer dibawah layer yang aktif. Kemudian pilih warna di kotak warna kemudian tekan alt delete untuk penuhkan warna di background.


Langkah 14

Sekarang and boleh taruk Font yang anda suka dengan klik pada "type tool".Kalau anda nak tukar warna pun boleh dan kemudia save sebagai JPEG.siapppp....



Ini hasilnya..Selamat mencuba!





Selamat hari raya aidilfitri

Yeay esok raya, jadi dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam khususnya.Pada yang pulang ke kampung tu, berhati-hati lah sewaktu memandu dijalan raya.Pada yang tidak balik beraya tu, janganlah bersedih sebab saya ni pun terpaksa beraya diperantauan haha.Pada adik-adik jangan main mercun, nanti putus jari tu tak dapat lah pulak nak beraya karang beraya kat hospital lah pulak.Dan kepada sapa-sapa nak bagi duit raya tu, jangan lupakan saya ye...nak duit raya jugak..hahahaha...okay,tu saja yang saya nak membebel selamat hari raya semua!




Wednesday, July 15, 2015

10 individu terkaya Malaysia 2015!

Anda semua mesti pernah berangan nak jadi jutawan bukan?ada rumah banglo, kereta mewah, naik kapal mewah, boleh pergi melancong keseluruh negara,ada jet peribadi sendiri dan makan di tempat-tempat yang mewah. Saya berani jamin, semua orang pernah terfikir nak ada kehidupan seperti itu.Tapi semua itu tidak mustahil kalau anda seorang yang kuat berusaha dan bijak mencari peluang.


Jadi disini saya nak kongsikan sedikit tentang 10 individu paling kaya di Malaysia pada tahun 2015 ini.Tanpa lengahkan masa jom kita tengok siapa individu-individu yang bertuah ini.

  1. Robert Kuok ($11 billion)
Robert Kuok telah disenaraikan oleh Forbes Asia sebagai seorang ahli perniagaan yang paling kaya di Malaysia. Harta kekayaannya dianggarkan sebanyak USD 11 billion dimana hasil kekayaannya adalah daripada perusahaan gula, minyak, perkapalan dan hartanah.Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak dan kini menetap di hong kong.
 

     2.  Ananda Krishnan ($9.7 billion)

Tempat kedua pula disandang oleh Ananda Krishnan seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan perusahaan dalam bidang telekomunikasi dengan syarikatnya Maxis.Pada tahun 2014, beliau dikatakan telah memberi pinjaman kepada syarikat 1MDB sebagai "Bail Out" kepada 1MDB untuk menjelaskan hutang-hutangnya sebanyak USD550 juta. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan mempunyai Master dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Harvard.


     3.  Quek Leng Chan ($5.6 billion)

Kekayaan beliau adalah menerusi syarikatnya sendiri iaitu Leong Co yang memegang kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan. Kini beliau melabur dalam sektor minyak dan gas dan beliau membelanjakan sekurang-kurangnya USD180 juta untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat Samudera Energy.Quek mewarisi kekayaan daripada bapanya yang terdahulu seorang ahli perniagaan dalam sektor perbankan.Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.


    4.  Lim Kok Thay ($5.5 billion)

Beliau telah membuka Genting Casino di Jeju Korea Selatan sebagai usaha untuk memperluaskan lagi Genting Group di peringkat Global. Kekayaan beliau turun sebanyak USD1 billion berikutan daripada nahas kapal terbang MH370 kerana kurangnya pelawat dari china.


   5.  Teh Hong Piow ($5.2 billion)

Beliau memiliki 1/4 daripada Public Bank yang ditubuhkan Pada tahun 1966 yang merupakan bank ke-3 terbesar di Malaysia mengikut aset.Banknya ini telah menghasilkan keuntungan yang konsisten sejak awal penubuhannya.

   6.  Lee shin Cheng ($4.6 billion)

Beliau telah meningkat kaya setelah beliau membahagikan perusahaan hartanah kepada 2 syarikat.Beliau merupakan pengerusi eksekutif bagi kedua-dua syarikat itu.beliau telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak dan merupakan graduan UPM.


   7.  Yeoh Tiong Lay ($3 billion)

Beliau menerusi syarikatnya YTL telah meningkatkan revenue tahunannya sebanyak USD5.3 billion.Beliau membina kekayaan menerusi Projek pembangunan,hartanah dan lain-lain.Beliau telah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.

   8.  Syed Mokhtar Al Bukhary  ($2.9 billion)

Salah satunya orang melayu dalam senarai ini adalah Syed Mokhtar.Beliau banyak memenangi kontrak berprofil tinggi daripada kerajaan dan disebabkan itu beliau selalu dicemburui dan dimaki.Beliau memiliki power plant,perlabuhan, perladangan dan juga pembekal kepada Angkatan tentera malaysia.


  9.  Gooh Peng ooi ($1.48 billion)

Beliau adalah jutawan teknologi pertama di Malaysia.Beliau memulakan kerjayanya di IBM pada tahun 1989. Syarikat  Silver axis beliau yang telah disenarai di Singapura menyediakan perisian kewangan bagi 40% bank-bank di asia tenggara.

10. Najib Razak ($700 million)

Kekayaan beliau menerusi syarikat 1MDB seperti yang dilaporkan dalam Sarawak Report dan Wall Streets Journal.-----JOKING----


Sumber dari- Forbes Asia

Tuesday, July 14, 2015

Pengalaman buruk sewaktu berbelanja di Lazada

Hari ini saya nak ceritakan serba sedikit tentang pengalaman saya sewaktu membeli barangan online di Lazada Malaysia. Masa mula-mula nak membeli dengan Lazada ini saya amatlah teruja sebab Lazada menyediakan banyak pilihan barang-barang dilaman web mereka.Memang tidak dinafikan saya ni memang  suka membeli barangan online berbanding pergi ke kedai sebab beli barangan online ini mudah.Hanya perlu isi maklumat peribadi dan maklumat pembayaran dan tunggu selama 2-3 hari kemudian barang sampai dirumah.Mudah bukan?



Selalunya saya lebih gemar beli barang melalui Lelong sebab saya berpuas hati dengan servis mereka tapi pada hari tu ternampak pula iklan headphone SHURE SRH240 di Lazada yang harganya teramatlah murah berbanding yang ada di Lelong.Jadi tanpa fikir panjang saya pun terus log in akaun Lazada dan terus order satu unit headphone itu.Pada masa itu saya buat pembayaran menggunakan Paypal sebab nak cuba guna paypal sebab selalunya pakai kad debit atau maybank2u je.


Masa buat pembayaran semuanya berjalan lancar dan saya agak lega lah sebab dah dapat order satu headphone SHURE SRH240 itu dengan harga hanya RM183.00.Kalau di Lelong harganya dalam RM250-RM300.So mesti la pilih beli di Lazada sebab harganya lebih murah kan?

Mengikut maklumat shipping masa beli barang tu pada 6jun akan sampai pada 2julai.Itu pun sudah agak lama bagi saya.Tetapi disebabkan harga yang sangat murah saya sanggup tunggu.haha!Tunggu punya tunggu, sampai 2 julai pun tak sampai lagi.Bila check tracking number, "unable to locate consignee address".Masa tu dah cuak dah, tapi tunggu je dulu.

Esoknya saya hantar email kepada support team Lazada tapi lambat sangat mereka nak balas email saya.Memang hampa dengan servis mereka.Dah lah balas tak menjawab soalan saya,ada ke patut dia suruh bagi alamat lain untuk dihantar.So lepas tu saya terus buka akaun Paypal dan minta refund semula dan beli satu lagi headphone melalui lelong.Tapi kali ni jenama lain pulak,beli Audio Technica S300 dengan harga RM177.Tapi yang peliknya 7hb tu tiba-tiba pulak barang dari Lazada tu sampai.Jadi dah jadi satu hal pulak saya nak kena cancel dispute kat paypal tu.Yang dari lelong tu pulak dah terlajak beli....adoiii....pokai aku...total harga untuk headphone je dah RM360.Dengan RM360 ni patutnya aku beli SHURE SRH440 je.Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki.

Kesimpulannya ialah:
  1. Lazada ni buat kerja LEMBAB
  2. Customer Service HANCUR





Top 5 cydia tweaks 2015

Ios 8 jailbreak has been out for awhile now and almost all tweaks has been updated to the latest version.To help you find out what is the best tweaks out there, we have created a list of tweaks that will probably help.

For those of you who jailbreak your iphone for the first time, this list might act as a starting point.And for those who not yet jailbreak your iphone, you can jailbreak your iphone by reviewing my previous post about how to jailbreak ios 8.4 using Taig tools.



1.Tage ($1.99)
Tage is a tweak that has been in Cydia for some time. If you have jailbreak your idevice for a long time, maybe you will remember a tweak called zephyr.what Tage do is it will enable multitasking gestures on ios 8 so you don't have to double press your home button.The next important features of using Tage is that you can swipe from the left or right screen to switch to previous open apps.If you instrested with this tweak,go to cydia and install in to your iphone/ipad.This tweak has 3 days trial period and after that you must purchase the license.



2.Safari Downloader + ($3.50)
Safari downloader+ is a very handy tweak that enables you to download any files straight from safari app.Not just that, this tweak also enables you to download any videos from Youtube, Dailymotion, and other streaming services.Yeah, you hear me right.It also has a media mport function that allows you to import downloaded files to music library,video app,camera roll and etc.This tweak can be downloaded from bigboss repo for $3.50.


3.Springtomize 3 ($2.99)
This tweak is the reasons why most of the people jailbreak their iphone.This tweak allows you to customize your iphone to the next level.You can do basically anything with this tweak ,you just name it!




4.Minimal Host Blocker (FREE)
Don't want to see annoying ads in your iphone?if yes, this is the right tweak for you.This is not a popular tweak like adblocker2 which has been in cydia for quite a long time. Even though it is free and light weight, but it's still block most of the ads in iphone.You cannot find this tweak in default cydia repo but you can add this repo to your cydia source tab.Open up cydia, tap on sources then edit and tap on add button on the upper right corner and add this repo http://arcetara.github.io/



5.Apex 2 ($2.99)
This is one of the popular tweak in cydia developed by A3Tweaks. This tweak allows you to create app stacks up to 5 total apps. For those who didn't like the look of your folder icon, this tweak is the perfect match for you.