Wednesday, July 15, 2015

10 individu terkaya Malaysia 2015!

Anda semua mesti pernah berangan nak jadi jutawan bukan?ada rumah banglo, kereta mewah, naik kapal mewah, boleh pergi melancong keseluruh negara,ada jet peribadi sendiri dan makan di tempat-tempat yang mewah. Saya berani jamin, semua orang pernah terfikir nak ada kehidupan seperti itu.Tapi semua itu tidak mustahil kalau anda seorang yang kuat berusaha dan bijak mencari peluang.


Jadi disini saya nak kongsikan sedikit tentang 10 individu paling kaya di Malaysia pada tahun 2015 ini.Tanpa lengahkan masa jom kita tengok siapa individu-individu yang bertuah ini.

  1. Robert Kuok ($11 billion)
Robert Kuok telah disenaraikan oleh Forbes Asia sebagai seorang ahli perniagaan yang paling kaya di Malaysia. Harta kekayaannya dianggarkan sebanyak USD 11 billion dimana hasil kekayaannya adalah daripada perusahaan gula, minyak, perkapalan dan hartanah.Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak dan kini menetap di hong kong.
 

     2.  Ananda Krishnan ($9.7 billion)

Tempat kedua pula disandang oleh Ananda Krishnan seorang ahli perniagaan yang terkenal dengan perusahaan dalam bidang telekomunikasi dengan syarikatnya Maxis.Pada tahun 2014, beliau dikatakan telah memberi pinjaman kepada syarikat 1MDB sebagai "Bail Out" kepada 1MDB untuk menjelaskan hutang-hutangnya sebanyak USD550 juta. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak dan mempunyai Master dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Harvard.


     3.  Quek Leng Chan ($5.6 billion)

Kekayaan beliau adalah menerusi syarikatnya sendiri iaitu Leong Co yang memegang kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan. Kini beliau melabur dalam sektor minyak dan gas dan beliau membelanjakan sekurang-kurangnya USD180 juta untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikat Samudera Energy.Quek mewarisi kekayaan daripada bapanya yang terdahulu seorang ahli perniagaan dalam sektor perbankan.Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.


    4.  Lim Kok Thay ($5.5 billion)

Beliau telah membuka Genting Casino di Jeju Korea Selatan sebagai usaha untuk memperluaskan lagi Genting Group di peringkat Global. Kekayaan beliau turun sebanyak USD1 billion berikutan daripada nahas kapal terbang MH370 kerana kurangnya pelawat dari china.


   5.  Teh Hong Piow ($5.2 billion)

Beliau memiliki 1/4 daripada Public Bank yang ditubuhkan Pada tahun 1966 yang merupakan bank ke-3 terbesar di Malaysia mengikut aset.Banknya ini telah menghasilkan keuntungan yang konsisten sejak awal penubuhannya.

   6.  Lee shin Cheng ($4.6 billion)

Beliau telah meningkat kaya setelah beliau membahagikan perusahaan hartanah kepada 2 syarikat.Beliau merupakan pengerusi eksekutif bagi kedua-dua syarikat itu.beliau telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak dan merupakan graduan UPM.


   7.  Yeoh Tiong Lay ($3 billion)

Beliau menerusi syarikatnya YTL telah meningkatkan revenue tahunannya sebanyak USD5.3 billion.Beliau membina kekayaan menerusi Projek pembangunan,hartanah dan lain-lain.Beliau telah berkahwin dan mempunyai 7 orang anak.

   8.  Syed Mokhtar Al Bukhary  ($2.9 billion)

Salah satunya orang melayu dalam senarai ini adalah Syed Mokhtar.Beliau banyak memenangi kontrak berprofil tinggi daripada kerajaan dan disebabkan itu beliau selalu dicemburui dan dimaki.Beliau memiliki power plant,perlabuhan, perladangan dan juga pembekal kepada Angkatan tentera malaysia.


  9.  Gooh Peng ooi ($1.48 billion)

Beliau adalah jutawan teknologi pertama di Malaysia.Beliau memulakan kerjayanya di IBM pada tahun 1989. Syarikat  Silver axis beliau yang telah disenarai di Singapura menyediakan perisian kewangan bagi 40% bank-bank di asia tenggara.

10. Najib Razak ($700 million)

Kekayaan beliau menerusi syarikat 1MDB seperti yang dilaporkan dalam Sarawak Report dan Wall Streets Journal.-----JOKING----


Sumber dari- Forbes Asia

No comments:

Post a Comment