Saturday, July 18, 2015

5 sebab kenapa saya guna paypal

Hari ni saya nak cerita sikit tentang pengalaman saya sepenjang menggunakan paypal dan kenapa saya sangat suka guna paypal dan anda juga perlu guna paypal.

Sebelum cerita tentang pengalaman saya menggunakan paypal ni meh la nak cerita sedikit tentang latar belakang paypal ni.Untuk sesiapa yang tak tahu apa-apa mengenai paypal ni, paypal ni sebenarnya adalah salah satu method untuk membuat pembayaran atas talian ataupun online.Paypal ni dah wujud lama jugak sebenarnya, sejak tahun 1998 penubuhannya oleh Elon Musk dan dibeli oleh ebay pada tahun 2002.Masa ni lah paypal popular sebab pengguna ebay boleh buat pembayaran melalui paypal.Kalau tak silap saya pengguna paypal yang aktif sekarang ni mencecah 100 juta pengguna dari seluruh dunia.





Nak tahu kenapa saya suka pakai paypal?haa..ini dia sebabnya.

1.Beli barangan online dengan selamat tanpa dedahkan maklumat kad kredit/debit

Ni adalah salah satu sebab penting kenapa saya buka akaun paypal.Zaman sekarang ni banyak sangat penyangak-penyangak alam siber ni.Macam-macam teknik yang diorang buat supaya diorang boleh dapatkan maklumat kad kredit kita.Salah satunya adalah melalui pishing website, diorang akan buat website yang physically serupa dengan website asal dan dengan tidak sengaja korang telah dedahkan maklumat kad kredit korang.Menakutkan bukan?jadi dengan paypal ni korang tak perlu lagi masukkan maklumat kad kredit bila nak beli barangan online.

Penjenayah siber boleh mencuri maklumat kad anda


2.Banyak penjual mula menyokong pembayaran melalui paypal

Paypal pada masa ini sudah dianggap sebagai standard kepada pembayaran online.Banyak syarikat sudah mula menyokong pembayaran melalui paypal sama ada dari syarikat persendirian kecil sehinggalah ke syarikat-syarikat yang besar.Jadi kenapa tak nak gunakan paypal kan?saya pernah beli di Lazada (pengalaman beli barang di Lazada), ebay,Pudore,Zawara, domainplus, beli jailbreak tweaks di cydia dan banyak lagi.Setahu saya banyak lagi yang support pembayaran melalui paypal ni cuma tak terlintas dek kepala je.

Elon Musk kini pemilik syarikat kereta Tesla


3.Selamat daripada ditipu peniaga online

Penipu ni memang banyak, saya pun tak faham kenapa diorang sanggup menipu dan menyusahkan orang lain.Banyak dah kes-kes penipuan dalam jual beli online ni,ada yang kena tipu sikit dan ada jugak yang kena tipu sampai beribu-ribu.Contoh paling banyak sekali penipuan adalah dalam jual beli gajet/smartphone, setiap hari ada je kes penipuan yang jadi trend kat facebook,instagram&twitter.Nak beli iphone 6, sekali yang sampainya iphone6 mainan.Harga bayar kat penipu tu sampai RM2000-RM3000, sekali dapatnya mainan plastik yang harganya kurang dari RM10. Kalau pakai paypal ni, merchant tu pun berdaftar dengan paypal jadi kalau korang rasa ditipu atau tak puas hari dengan kualiti barang yang korang beli tu, korang boleh open dispute dan mintak refund. Nak beli pun rasa selamat.

Selamat daripada ditipu Peniaga yang tidak jujur

4.Boleh hantar duit melaui email atau nombor telefon

Ni pun salah satu kelebihan guna paypal, korang boleh hantar duit dari akaun paypal hanya dengan gunakan email atau nombor telefon. Senang!Baru-baru ni CIMB bank malaysia pun ikut jejak langkah paypal ni melalui diorang punya cimb kwik.Sejujurnya saya tak pernah lagi hantar duit melalui email ni, tapi benda ni sangat cool untuk di share kepada semua orang yang tak tahu.



5.Boleh menerima bayaran bagi orang yang mula nak berniaga.

Saya tak pernah lagi berniaga online dan tak pernah lagi guna fungsi ni.Kalau ada rezeki teringin jugak nak buat bisnes online.Jadi kalau korang ada bisnes dan nak terima bayaran melalui paypal, sila lah mendaftar ke laman web diorang. Bagi yang ada laman web atau blog, korang boleh letak button "buy now" kat page korang tu.Awesome kan?!orang nak beli pun rasa selamat.


Butang buy now yang anda boleh letak kat online store anda

Barang yang saya pernah beli sepanjang 3 bulan tahun ini


share artikel ni dengan rakan-rakan  dan kongsi pengalaman korang diruangan komen dibawah ;)






No comments:

Post a Comment