Monday, July 13, 2015

Pergaduhan plaza lowyat

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan pergaduhan diplaza lowyat yang hangat dibualkan dimedia sosial.Pelbagai kata cacian dan tohmahan dilemparkan berikutan kejadian tersebut.Pergaduhan itu dilaporkan berlaku disebabkan seorang lelaki melayu yang tidak berpuas hati dengan peniaga telefon bimbit yang mendakwa dirinya ditipu oleh peniaga tersebut.


Mengetahui bahawa dirinya ditipu oleh peniaga berkenaan, dia pergi kembali ke premis berkenaan untuk menukar telefon "clone" yang dibeli kepada yang asli.Dia dilaporkan mengambil telefon bimbit itu tanpa kebenaran lalu ditangkap dan dibawa kebalai polis atas kes curi.Tidak lama kemudian,dia dibebaskan dan sejurus selepas itu dia kembali ke premis berkenaan dengan membawa bersama rakan-rakannya untuk membalas dendam.


Dalam kejadian pada jam 7.30malam itu, seramai 7 orang lelaki berbangsa melayu telah bertindak dengan memukul dan menyerang kakitangan kedai berkenaan(OPPO).Insiden ini mengakibatkan kerugian sekurang-kurangnya RM70,000.


Walaubagaimanapun, tindakan 7 lelaki tersebut telah mengundang kemarahan peniaga-peniaga disitu yang menyebabkan sekumpulan lelaki tersebut dibelasah bertubi-tubi.Insiden ini mendapat perhatian hangat dari netizen dan hangat diperkatakan dimedia sosial.Ada yang menyokong tindakan lelaki melayu tersebut dan ada juga yang tidak menyokong.







No comments:

Post a Comment